Saturday, November 27, 2010

Decision-making

Tengok kiri. Tengok kanan. Depan dan juga belakang.


Hati hati dalam memilih.Bukan semua benda ada CTRL + Z or backspace. Takut tersalah pilih merana di kemudian hari.


Tak semua benda boleh decide guna hati. Merajuklah otak kalau tak digunakan.

Against the normal. But why?

Cuti ni lama sangat la

Kan?
Kenapa tak suka cuti lama lama?
Sebab tak boleh nak bitch pasal orang orang.



Kalau aktiviti berdosa macamni sedih je kalau tak buat kan. Haihh

Wondering why.............

Thursday, November 18, 2010

Random morning talk 2.

Rindu zaman rebel tu cool. Ke sekarang pun same ye? Entahlahh.

Zaman belajar math senang sampai boleh dapat fullmark. Tiba tiba teringat satu pagi tu

Haritu (dan hari hari pun sebenarnya) aku turun lambat perhimpunan asrama. Banyak lagi orang lain lambat. Warden yang garang dah tutup gate taknak kasi kitorang keluar. Apetah nak marah pagi pagi ni. Lek ah bro. Cikgu Sabri tu asal tah semua orang suke sangat dengan die. Mungkin nasi lemak yang bini die buat sedap sangat kot. Mungkin la. OK back to cerita tadi. Lepas habis perhimpunan je, semua orang pun gerak pegi sekolah la. Cikgu garang ni datang dekat kitorang yang lambat pastu tanya sorang sorang kenapa lambat. Semua pulak asyik nak tiru jawapan orang sebelah so aku dah jadi gelabah nak tiru ke tak ni. Macam nak jawab PMR plak (haa baru ingat time form 3 bende ni). Aku pun tengok apa yang kawan kawan aku kena kalau cakap alasan diorang so aku pick yang the best reason la. Aku pun decide nak tiru Hanis punye alasan lepastu buat buat tersipu sipu malu. Waklu nak buat camtu. Tapi kan cikgu tu iye iye je mintak alasan bagai last last semua kene rotan jugak. Sakit kot kalau rotan yang berdiameter agak besar tu kene dekat tapak tangan yang mulus ni. Time die angkat rotan tu tinggi tinggi nak pukul tu kan perasaan macam haram gila. Haishh jangan ingat lah macam mane bila kene tangan tu. Haha. Lepastu aku pun jalan pegi kelas buat macam biasa. Tapak tangan dah merah gila siap ada line merah kat tengah tu. Perit sampai balik sekolah. Kadang kadang sampai petang time nak main dengan kawan kawan. Aku masuk kelas lepastu damn asal semua orang diam je ni. Ade test math rupenye. Aku dah lewat dekat 30 minit kot.Test Math kertas 1 dah la 1 jam je weh. 40 soalan. Aku pun keluarkan calculator kire kire tulis tulis lorek lorek. Lagi 10 minit masa nak habis aku da siap. Macam haram kan math time form 3 memang senang gila kot. Nak kata aku berlagak terpulang la. Haha. Bila keluar result test tu aku betul semua yay! Haha nak kata berlagak lagi lah tu.



Itulah zaman kegemilangan math. Zaman tapak tangan mulus merah merah kena rotan. Zaman menyorok dalam loker tak pegi prep. Zaman bawa handphone kena rampas dengan AJK asrama yang gila pangkat. Zaman belajar bahasa arab. Zaman tidur dalam surau ponteng kelas bahasa arab. Zaman pegi bilik sakit sebab mengantuk. Zaman taknak tukar baju pj dari pagi sampai balik sekolah sebab malas.


Konklusinya, zaman tu memang best sebab ada kawan kawan baik stok yang memang baik bukan baik. Tapi zaman tu dah berlalu. Process of getting over zaman tu pun dah berlalu.

Flashback flashback. Haihhhhh.

Random morning talk

Hati. Semua orang pasti ada hati. I mean hati yang organ dalam badan manusia tu.


Sekarang ni hati macam mati. Harap harap just for a while. A while yang berapa nak a while sangat. Sebab macam dah lama sangat.


Hati oh hati. I tengah tunggu you hidup balik ni. Harap harap buka sem nanti hati dah hidup balik. Dah tak mati.





Tolak tepi semua keluarga, kawan dan boyfriend mesti akan rasa macam nak mati. Sebab hati kan kawan dengan jiwa. So kalau jiwa terseksa hati akan ikut sama lah.




Lagi satu harap harap is this holiday can heal what've been hurt. Holiday,the process of heart healing. Maybe for some people like me.



Haha
Krisis hati.





Wednesday, November 17, 2010